Tawa Dalam Tawan Ke hadapan bintang jatuh, yang melintas melintangi pandangan aku, dan merempuh tembok kewarasan, hingga hancur segala cita, yang merangkak aku cipta. berhari, berminggu, berbulan bertahun,umurnya. Dan kini, mengesot aku mengutip, Serpihan cita yang berderai, berkecai, terburai, terkulai, yang berselerak jaraknya. Lalu aku ambil satu persatu Dan aku kumpul dan aku bina semula, menjadi seperti sedia kala. Dengan rasa yang hina, setelah diperlaku kejam oleh kerabat dia. Yang kononnya mengaku sedia tahu, mengaku maha tahu. Kepala hotak lu. Apa ucap kau hari itu? Apa laku kau hari itu? Apa rasa kau hari itu? Apa fikir kau hari itu? Simpan sahaja jawapan untuk otak bahalolmu itu. Aku mengerti bahawa kita diternak, Aku, kau, dia, kamu, kita, mereka dan kami semuanya adalah ternakan. Oleh sekumpulan dewa yang kerjanya berpesta, Sambil merompak nasi pagi, nasi petang, nasi malam! Itu semua nasi kita! Yang memaksa tangisan anak terlaung kuat, kerana bapaknya tidak mampu beli susu. Lalu ditembak mati kerana terpaksa mencuri, rebah terbujur di lantai pasaraya, mengalirkan darah perit hidupnya, dan disaksikan oleh sang isteri yang meraung sia - sia. Tapi ada dia peduli? Kalau bukan keluarganya, Kalau bukan saudara - maranya, Kalau bukan kawan - kawanya, Jangan harap dia nak peduli! Dia menolak akuan bahawa kita ditawan, Dia menolak akuan bahawa dia ditawan, Yang mengepit handbag LV berlenggang di Pavillion, Yang menyarung skinny jeans merokok di Bukit Bintang, Yang meneguk Chivas di kelab cucuk bintang, Yang memijak lantai kereta kancil turbo atau lain - lain kereta bikin. Yang memulas handle RXZ, Yang menggalas beg ke kuliah, Yang terperangkap dalam pejabat dari 9 - 5 petang, Yang melaung protes di jalanraya, Yang mengira undi pilihanraya. Yang teruja nak jadi selebriti, Yang bertekad menjadi penyanyi. Yang terhegeh berlakon KAMI The Movie. Apatah lagi yang sedang baca puisi ini. Kita, semuanya ditawan! Kau, tertawan. Aku, tertawan. Kita, tertawa dalam tertawan, Ditawan oleh kemodenan, Ditawan oleh globalisasi! Ditawan oleh arus dunia realiti! Terutamanya dewa berkuku besi. Tidak terasa bagi yang selesa, Tidak terkesan bagi yang mewah, Hanya tersedar oleh si kebanyakkan. Hanya terlihat oleh yang keperitan. Tak terdaya aku bertindak, Dengan kebodohannya dan juga lagak, Kepada syaitan bertopeng alim. Kononnya mulia, sebenarnya zalim. Aku biarkan dia dengan wataknya, Aku biarkan aku dengan lakuku, Aku biarkan mereka dengan tawanya, Aku biarkan kami dengan isi hati sendiri. Kerana aku tiada mampu. Kehadapan bintang jatuh, Semoga kamu akan jatuh. Aku harap tertiarap terus, Kerana aku mahu kau pergi mampus.
Thursday, January 30, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment